Cart 0

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN GARAM YANG ANDA TIDAK TAHU SELAMA INI

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN GARAM YANG ANDA TIDAK TAHU SELAMA INI

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN GARAM
 
Mengapa orang tua-tua dahulu melarang putus garam di rumah, mengapa melumur garam apabila terkena galagate, apa pula khasiat menanam badan ke dalam pasir, dan apakah rahsia Rasulullah mencalit garam di hujung lidah.


RAHSIA GARAM

Sihir atau Santau dapat dihalang dengan mengamalkan garam mengikut cara Nabi (s.a.w).

Sebelum makan Nabi ﷺ meletakkan secalit garam dilidah untuk mengelakkan santau dan menapis makanan yang akan dimakan.

Sampai di tempat baru, Nabi mengambil garam dahulu untuk menyesuaikan hormon yang terlebih di tempat baru tersebut.

Untuk mengubat penyakit rohani, air perlu dicampurkan dengan garam terutama sihir dan santau. Allah mencipta garam untuk dijadikan sebagai ejen penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga sebagai penarik unsur-unsur negatif.
 
Pengamal-pengamal Perubatan Islam juga membersih rumah atau memagar rumah dengan menggunakan kaedah menabur garam di sekeliling rumah.
 
Garam juga merupakan unsur yang boleh mengimbangi sistem di dalam tubuh kita.
 
Walaubagaimanapun, garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengn suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau hendak memasak, gunalah garam bukit dan jangan dimasukkan  garam tersebut pada masa makanan sedang menggelegak di atas dapur. Tutup api terlebih dahulu dan biarkan suhu turun, barulah diletakkan garam di dalam makanan tersebut. 

Taburkan garam atas darat seperti orang-orang arab sering lakukan. Apabila hendak menjamu selera, barulah garam ditaburkan di atas makanan. Garam mengandungi Sodium dan Potassium. Tubuh kita memerlukan potassium lebih. Sekiranya di dalam keadaan makanan panas, garam hanya akan tinggal sodium sahaja dan Potassium menjadi rosak di dalamsuhu yang panas. Dengan sebab itulah juga kita mudah terkena penyakit darah tinggi. 

Seelok-eloknya di tempat makan perlulah sentiasa disediakan mangkuk kecil garam dan sunnah *Rasulullah ﷺ mencalit secebis garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke atas lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
 
Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa 'petua' penggunaannya.
 
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk hendaklah diubati dengan kejadian asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
 
2. Mengurangkan tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendamkannya di dalam air garam juga.
 
3. Mengubat penyakit gout. Gout kebiasaannya disebabkan oleh pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai pula boleh menanam badan ke dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar pula, garam kasar perlu digoreng terlebih dahulu dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
 
4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
 
5. Merawat mabuk perjalanan. Utk merawat mabuk perjalanan, garam perlu dicampur madu dan air lalu diminum sebelum memulakan perjalanan.
 
6. Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam perlu disapukan pada kulit yang gatal.
 
7. Menambah Imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini sering berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin di tempat baru. Air garam perlu diminum sebagai ubatnya.
 
8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan masyarakat Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah dengan meminum air sejuk yang dicampur garam. Perhatikan air 100 plus atau air isotonic sekarang ini di pasaran kesemuanya bergaram!
 
9. Mengelak Sihir/gangguan JIN bagi mereka yang hendak bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan surah Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) dan kemudiannya hendaklah ditaburkan di sekeliling khemah.
 
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi sering menangis pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan di dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu hendaklah diletakkan di bahagian kepala bayi.
 
11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi Org dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibacakan dengan surah al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah. Dan kemudiannya lakukanlah mandian air bercampur garam yang telah dirukyah (doa).
 
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manafaat yang berguna kepada kita semua.



Older post